Friday, July 30, 2010

Agungnya Cinta

Sebuah kesinambungan Mencintainya, Ceritera Aku dan Dia, Saat Bahagia dan Lafazkan. Ikuti sambungan kisah hidup Liara Milia, Syed Hakim Lutfi, Tengku Irfan, Tengku Iman Qistina, Zarief Adam, Liyana Sofea, Hadif serta Melissa dalam Agungnya Cinta.


i.


“Okey Liara, semua design-design ni, saya bagi dulu pada Liara so that you can show them to your client. And when they’ve chose, you can return it back to me,” Liyana Sofea mencapai semua rekaannya lalu menyerahkan kepada Liara Milia.

“Hm…okeylah kalau macam tu. Nanti bila client I dah pilih, I’ll get it back to you A.S.A.P!” Dia tersenyum manis. Dia kemudian memandang jam tangan BONIA yang melekat pada pergelangan tangan kirinya.

“Sorry Liyana! I’ve got to go. Nak pergi jemput anak-anak kat kindergarten,”

“Yeah sure! Pergilah. Nanti marah pulak dia orang kalau you ambil lambat. Tahu ajelah budak-budak. Dia orang lambat tak pe, jangan kita pulak yang lambat!” Liyana mengangkat tangannya, memanggil pelayan restoran Bora Ombak.

Senyuman Liara melebar. “It seems you understand kids very well. How many do you have?”

“A twin. Pair,”

“You mean two pairs?”

“Hm…banyak sangat tu. Kembar sepasang,”

“Eh! Samalah kita! Tapi I punya bukan twinslah,”

Seorang pelayan mengahmpiri meja mereka.

“Let me,” Liara mengeluarkan dompetnya dari dalam beg COACH pemberian suaminya. Namun, belum sempat dia mengeluarkan apa-apa daripada dompetnya, Liyana meletakkan kad kredit Mastercardnya di atas dulang kecil.

“Tak pe. Kali ni biar I yang bayar. Next time bila kita jumpa lagi, you pulak bayar,”

“Okay. I’ll be holding your words. See you!” Mereka berdiri dan bersalaman.

===========================================================

MELISSA menunggu dengan sabar di Balai Ketibaan KLIA. Sambil itu matanya melilau ke sana sini di dalam ruang legar itu. Sepatutnya bayangan lelaki itu sudah pun muncul ketika ini memandangkan sudah hampir 30 minit pesawat SIA yang dinaiki lelaki itu dari New York mendarat.

Tiba-tiba jantung Melissa berdegup kencang. Melissa meletakkan tangan kanannya di atas dada kirinya. Dia pelik mengapa sebegitu deras degupan jantungnya. Adakah akan terjadi sesuatu pada pertemuan pertama mereka setelah 6 tahun tidak berjumpa? Gerun pulak Melissa memikirkannya.

“Assalamualaikum!” Begitu gemersik suara nan satu itu memberi salam.

Melissa yang sedang leka termenung, terkejut. Tidak berani dia memusingkan tubuhnya menghadap ke belakang. Tiba-tiba dia takut memikirkan sekiranya segala apa yang telah dirancangkan sejak 6 tahun yang lalu hanyalah sebahagian daripada mimpi indahnya. Bukanlah sebuah realiti kehidupan!

“Melissa? You tak nak pandang I ke?” Sekali lagi suara itu menampan pendengarannya. Melissa mengetap bibirnya, kelopak matanya dipejam rapat-rapat.

Hadif bergerak, kini dia berhadapan dengan kekasihnya itu. Pandangannya menjelajah ke seluruh pelusuk wajah yang bujur sireh itu. Betapa rindunya dia pada wajah itu. Meski seringkali bertentangan di SKYPE, namun lain perasaannya apabila bertentangan mata dalam keadaan begini. Sama seperti pertama kali mereka bertemu. Dan tempat pertemuannya masih lagi di KLIA!

“Melissa?” Sekali lagi suara garau itu memanggil namanya.

“I tak bermimpikan? It’s you right, Dif?”

“Ini I lah.! Kenapa dengan you ni? You okey ke tak?”

Melissa mencelikkan matanya. Perlhan-lahan seraut wajah kacak jejaka itu muncul di ruang matanya. Dia melihat bibir merah itu tersenyum manis dan dia juga tahu yang bibirnya juga sedang tersenyum. Ah! Luruh segala rindu yang terpendam sejak pemergian lelaki itu ke New York.

“Are you okay, Melissa? You sure you sihat?” Tidak semena-mena Hadif meletakkan tangannya pada dahi gadis itu.

“Your touch has cured everything Dif. Now I know I’m not dreaming. I takut kalau today was just a dream to me,”

“Jangan risau. You tak bermimpi. I am here, Melissa!” Hadif berdiri. Tangan kanannya dihulurkan pada Melissa lantas disambut dan digenggam erat. Mereka berjalan beriringan.

“Rindukan I tak?”

“Every minute I breathed,”

Hadif yang mendengar tersenyum lebar.

Melissa teringat sesuatu. “Mana family you?”

“I’ve told them not to come,”

Melissa pelik. Dia memanggungkan kepalanya. “But why? Kesian diaorang, especially ummi you. Mesti dia nak jumpa you so badly,”

“I dah pujuk ummi. I bagitahu dia tak payah datang jemput sebab I nak bawak balik menantu dia datang jumpa dia!” Usik Hadif.

Merona merah wajah Melissa. Pandangannya diluruskan ke depan semula. “You ni! I tak cakap pun nak ikut you balik Tampin,”

“Sure ke you tak nak hantar I?”

“Akan dipertimbangkan!” Seloroh Melissa.

Hadif ketawa besar. “You sure tak nak ikut I balik?” Sekali lagi Hadif bertanya soalan yang sama. “There’s a surprise waiting for you at home,”

“What surprise?”

“A very pleasant surprise!”

===========================================================

TENGKU Irfan memberi salam. Pandangannya melilau mencari kelibat seseorang. Tubuhnya dihempaskan ke arah sofa buatan Itali. Ikatan tali leher yang menjerut batang lehernya dirungkaikan. Puas bersandar, Irfan mengubah posisi tubuhnya. Dia berbaring sebelum melelapkan matanya.

Tubuh kecil gadis itu terjengkit-jengkit menghampiri ruang tamu utama. Tidak mahu kehadirannya akan menyedarkan lelaki yang sedang culas tidur itu. Dia duduk di birai sofa.

“Waalaikummusalam papa!” Jawab Tengku Iman Qistina, perlahan saja.

Pandangannya merayap ke segenap wajah insan yang dipanggil papa itu. Umurnya sudah mencecah 14 tahun dan selama 14 tahun ini juga, bibirnya tidak berkesempatan untuk memanggil seorang wanita dengan panggilan ibu. Kehilangan ibunya 14 tahun yang lalu di saat kelahirannya membuatkan dia sentiasa menganggap papanya itu bukan sekadar seorang papa bahkan turut mengisi gelaran seorang ibu sekaligus.

Walaupun papanya tidak pernah mengeluh dalam membesarkan dirinya dan menguruskan hal-hal lain, tapi dia tahu. Dia bukannya seorang anak kecil lagi yang boleh diperdayakan. Dia faham kesunyian yang sedang dialami papanya. Ketiadaan seorang wanita di sisi pastinya satu keadaan yang amat menyakitkan.

Dia masih ingat pertama kali dia kedatangan “teman barunya”. Apalah seorang kanak-kanak berusia lewat 11 tahun tahu tentang datang bulan. Menjerit-jerit dia memanggil papanya yang ketika itu sedang menyiapkan sarapan pagi. Bergegas papanya mendapatkan dia yang sedang ketakutan di dalam bilik air atas.

“Kenapa sayang?”

“Papa! Iman takut!” Dia memeluk tubuh papanya.

“Takut? Takut apa?”

“Kenapa ada darah kat dalam panties Iman? Banyak sangat! Lepas tu, perut Iman pun tengah sakit ni,”

Papanya diam. Mungkin sedang berfikir. Akhirnya papanya menyuruh dia membersihkan apa yang patut. Setelah itu papanya beredar. Dia melihat papanya mengeluarkan telefeon bimbit dari kocek seluar lantas menghubungi seseorang. Tidak lama selepas itu, nenda datang dan menguruskannya.

Tapi, tanpa disedari papanya, dia ternampak ada air jernih yang membasahi pipi papanya. Saat itu dia tahu, walau seberapa daya papanya mencuba untuk menjadi seorang ibu kepada dirinya, dia tetap gagal!

Dia terkejut apabila mendapati hidungnya ditarik. “Ala papa ni! Potong stim Iman nak berangan je!” Dia bergurau dengan papanya.

“Iman ingatkan sape ni? Boyfriend Iman ye?” Irfan menggiat anak daranya.

“Haha...very funny papa. Iman mana ada boyfriend. BFF adalah!”

“BFF? Apa tu?”

“Boyfriend forever!” Iman ketawa.

“Ooo…nakal ye anak papa yang sorang ni!” Hidung anaknya yang diwarisi daripadanya ditarik lagi.

“Okey papa! Sorry sorry! Iman main-main ajelah. Hm…papa nak makan? Iman boleh suruh bibik siapkan,”

“Kenapa? Iman masak ke hari ni?”

“Ala papa ni! Nak perli Imanlah tu,” Dia menepuk lengan papanya. Papanya sendiri tahu dia tidak pandai memasak. Kalau setakat masak air dengan maggi tu, bolehlah!

“Hm…papa ingat nak bawak Iman makan luarlah hari ni. Kita pun dah lama tak makan luarkan, sejak papa busy dengan kes baru papa. Iman nak makan apa?”

“Entahlah papa! Iman pun tak tahu!”

“Iman fikir dulu nak makan apa. Papa nak naik mandi. Lepas tu kita keluar. Esok Sabtu, kita tidur rumah Tok Daddy,” Irfan mengucup ubun-ubun anaknya lalu beredar ke atas.

Pandangan Iman mengikut langkah papanya sehingga ke atas. Matanya kemudian singgah pada sebuah potret yang tergantung megah di dinding di tengah laluan tangga. Sejak dari kecil, dia sudah dididik untuk memanggil wanita dalam potret itu sebagai ibu. Ibu yang tidak pernah ditemui sejak matanya tercelik, memandang dunia. Hanya figura kaku itu menjadi medium ingatannya pada seorang ibu yang syahid dalam perjuangan melahirkan dia ke dunia yang fana ini.

‘Ibu! Iman janji dengan ibu. Iman akan jaga papa sebaik mungkin. Dan Iman akan carikan seorang isteri untuk papa. Yang setanding dengan ibu. Yang boleh menjaga papa macam yang ibu pernah buat dulu, sampaikan sehingga sekarang pun papa tak boleh nak cari pengganti ibu. Iman janji bu! Iman akan cari! Iman sayangkan ibu dengan papa!’ Janji anak gadis itu dengan tekad di hati.

===========================================================

“HOW’S your school today, Danish? Make yourself new friends?” Airra menyauk coleslawnya dan letakkan ke dalam pinggan anak tunggalnya itu.

“I love it! It’s awesome! I have so many friends mummy and they are fun to be with. Especially Leen! She’s a nice girl mummy!” Bersungguh-sungguh anak kecil itu bercerita tentang pengalamannya di tadika baru. Sambil itu, laju tangannya menyudu fish and chips.

Airra memandang satu-satunya zuriat peninggalan arwah suaminya yang kini menjangkau usia 4 tahun. Begitu jelas pada wajah itu seraut wajah yang diwarisi daripada arwah suaminya yang berasal dari Australia. Hanya bibirnya saja yang diwariskan kepada Danish.

Jika hatinya sedang rindu pada lelaki itu, dia akan segera ke kamar anak bujangnya lantas membawa tubuh yang agak tembam itu. Saat itulah dia tahu walaupun rindunya yang menggunung untuk lelaki itu, lelaki itu tetap tidak akan hidup kembali dan dia harus menerima dengan reda ketentuan TUHAN itu.

Iqram Edward Abdullah. Jejaka kelahiran bumi Sydney itu ditemui ketika sedang melanjutkan pelajaran bersama-sama di UK. Ciri-ciri jejaka yang berdarah Kristian tetapi sudah pun memeluk Islam itu mempersonakan Airra. Jarang dia tahu ada jejaka Kristian yang memeluk Islam dengan serelanya tanpa mengharapkan sebarang balasan. Dan ketika di tahun akhir mengejar sarjana, hubungan mereka telah dihalalkan menerusi ikatan perkahwinan yang suci.

Namun tanpa disangka, ternyata suaminya menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuannya. Pada usia 21 tahun, lelaki itu telah didignoskan penyakit barah hati akibat pengambilan alkohol secara berlebihan. Kerana sebab yang sama juga lelaki itu insaf dan pada masa yang sama telah menerima hidayah ALLAH melalui seorang kawannya.

Hancur luluh hati Airra apabila diberitahu bahawa jangka hayat suaminya hanyalah beberapa bulan saja lagi. Padahal waktu itu, mereka baru menerima berita yang Airra sedang mengandung. Iqram semakin merasa bersalah kerana bertindak menyembunyikan penyakitnya. Kerana sikap berdiam dirinya itu, besar kemungkinan hidup isteri dan bakal anaknya tidak seindah yang mereka rancangkan.

Dan akhirnya, saat itu tiba jua. Di pagi Subuh yang hening, saat Airra mengejutkan lelaki itu daripada pembaringan untuk Solat Subuh, dada lelaki itu tidak lagi berombak seperti biasa. Saat yang sama juga, Fariq Edward Danish berteriak kuat. Seperti tahu yang daddynya sudah meninggalkan dia buat selama-lamanya.

“Airra Khairy?”

Airra mengangkat kepalanya. Berkerut-kerut dahinya cuba mengingati wajah yang sudah agak berumur itu.

“Tak ingat ke? Ni Irfanlah! West Cambridge!”

“Ya ALLAH! Tengku Irfan! Look at you! Makin handsome nampaknya tuan lawyer kita ni!” Airra berdiri lalu menyambut salam Tengku irfan.

“Ala! Takde maknanya handsome I ni. Dah tua punlah. But just look at you! The same Airra Khairy yang menjadi pujaan ramai budak law dulu,”

“Cerita lamalah Irfan! Marilah! Join us,” Airra mengajak dengan ikhlas.

“Tak mengganggu ke?”

“Apa pulak mengganggunya. Duduklah!”

“Iman?”

“Iman ikut papa,”

“Anak you?”

Irfan memandang ke kanannya. “My only one,”

“You remarried?”

Irfan mengangguk.

“Really? Then where is she?”

Senyuman Irfan berubah kelat. “Dia dah meninggal. 14 tahun lepas,”

Airra tergamam. Sudah 2 kali lelaki itu berkahwin namun kedua-duanya tidak berpanjangan. SubhanaALLAH! Begitu berat sekali dugaan yang harus dilalui lelaki itu. Rasa simpati Airra meninggi buat kenalan lamanya itu.

“I’m so sorry,”

“Takpe. Dah lama pun. By the way, husband you mana? Eh! You kahwin dengan sape ek?”

Airra meneguk liur. “Husband I…Iqram. And dia…”

“Iqram? You kahwin dengan Iqram ke? My God! Lama tak jumpa dia! Ape cerita dia sekarang?”

Belum sempat Airra membuka mulut untuk menjawab soalan Irfan, mulut mungil Danish terlebih dahulu melontar soalan.

“Mummy? Is this uncle’s wife also died…like daddy?”

Rahang Irfan terjatuh mendengar pertanyaan anak comel itu.

“Iqram dah meninggal? Bila?”

“3 years ago,” Airra memandang permata hatinya. “3 years ago when Danish was just a year old,”

“Sebab apa?”

“Liver cancer. After you left for Malaysia, we became closer. Then kita orang ambil keputusan nak kahwin. Lepas tu, dia selalu sakit-sakit. Bila pergi check, doktor cakap dah last stage. And masa tu memang doctor tak advice nak buat apa-apa pun sebab arwah pun ada heart disease. So, we went back to Sydney,”

“MashaALLAH Airra! I tak tahu apa-apa. No one informs me,”

“Don’t be Irfan. That was what he wanted. He doesn’t anyone to be sad,”

“You all buat apa kat Sydney?”

“Kita orang buka firm kat sana. I’m taking care of it now. Ni pun I baru balik dari Sydney a month ago. I ingat nak transfer firm tu ke sini. We have no one left there anymore,”

“Hmm…good idea! I setuju dengan plan you. Kalau you need any help, I’m always there for you!”

“Thanks Fan!”

Seketika kemudian, seorang pelayan menghampiri meja mereka. Setelah mengambil pesanan, pelayan tersebut beredar. Mereka kembali bertukar perkembangan masing-masing setelah lama tidak berjumpa.

“Mummy! I wanna go to the loo,”

“Okey sayang!”

“Takpe Airra. Biar I yang bawak dia. Come Danish! Let me take you,”

Kini hanya tinggal Airra dan Iman di meja makan itu. Melihat suasana yang diam, Airra cuba mengumpan anak gadis itu untuk berbicara dengannya.

“What’s your name young lady? Asyik berborak dengan papa aje, lupa pulak nak berborak dengan anak tunggal Tengku Irfan ni,”

Iman tersenyum manis. “Iman Qistina. Panggil Iman aje auntie,”

“Iman? Tapi, tu nama…,”

“Isteri pertama papa? Iman tahu tu. Sebab tu arwah ibu suruh papa letak nama Iman,”

“She must be a very nice lady kan?”

“Iman pun tak tahulah auntie. I’ve never had the chance to know her. But at least I do know one thing about ibu,”

“Ye? Apa yang Iman tahu?”

“Papa loves her very much!”

Airra tersenyum. “Bertuah papa Iman ada anak macam Iman. Auntie salute dia sebab berjaya mendidik Iman,” Airra mengelus rambut Iman.

“Amboi! Berborak pasal apa ni?” Irfan kembali dengan Danish.

“Mana boleh bagitahu! Ni hal perempuanlah papa!”

Irfan tersenyum. “Dah lambat ni. We better make our move. Nanti Tok Daddy tunggu kita,”

“Okey,”

“I panggil waiter,”

“Mummy! Uncle Fan has paid already!” Ujar Danish.

“Laa…kenapa you pulak yang bayar?”

“Tak pelah. Today would be my treat. Next time maybe yours,”

Mereka berempat bersama-sama bergerak keluar. Di depan pintu, Danish menyalami tangan Irfan dan Iman. Apa yang mengejutkan semua yang ada adalah apabila Danish tiba-tiba menarik Iman dan mengucup pipi Iman.

“Bye kakak!”

“Bye Danish!” Iman setelah itu menyalami Airra. Dengan serela-relanya, gadis itu mengucup kedua-dua belah pipi Airra.

“Nice meeting you auntie!”

“You too, Iman!”

“Minta diri dulu Irfan,”

“Yelah. Assalamualaikum!”

“Waalaikummusalam!”

“Pa! Iman suka tengok auntie Airra tu. She’s pretty!” Ujar Iman ketika dalam perjalanan ke kereta.

“Hmm…dulu, masa dia belum pakai tudung, rambut dia panjang. Ramai yang suka tengok rambut dia,”

“Termasuk papa?”

“Masa mula-mula baru kenallah. Lepas tu, bila papa dah jumpa auntie Iman, dah tak rasa apa-apa lagi,”

“Mesti dia ramai peminatkan, papa?”

“Memanglah. Tapi kawan papa yang meninggal tu yang dapat dia. Ni…kenapa Iman tanya banyak-banyak ni?”

“Saja! Imankan dah cakap yang Iman suka auntie Airra tu. Iman nak jugak tahu sikit-sikit pasal kawan papa,”

“Yelah tu!” Irfan mencubit pipi anaknya itu. Dia lantas ketawa besar.

Iman terpempan melihat papanya. Sudah lama benar dia tidak melihat papanya ketawa sebegitu besar. Selalunya ketawa besar seperti itu hanya akan hadir apabila papanya berasa bahagia. Tiba-tiba, sesuatu melintasi fikirannya.

Apa mungkin pertemuan semula papanya dengan wanita yang dipanggil auntie Airra itu sesuatu yang begitu membahagiakan papanya?

==============================================================

“PENATNYA hari ni!” Liyana menghempaskan tubuhnya ke atas pembaringannya yang empuk. Zarief yang sedang bersandar pada kepala katil sambil membaca buku hanya tersenyum. Tangan kirinya yang sedang memegang buku, ditarik manja oleh Liyana lalu kepala wanita itu terletak elok di atas dada bidang Zarief.

“Awak tu, hari-hari pun awak penat. Dah berbuih mulut saya suruh awak jaga kesihatan awakkan,”

“Ala sayang! Saya jagalah! Tapi kerja saya tengah banyak sekarang ni. Summer dah nak habis. Lepas ni autumn, saya dah kena get ready untuk fashion show saya kat Paris. Sekarang ni semua tengah kejar dateline. And saya pun kenalah sacrifice sikitkan,”

“Yes. I know it’s your job to ensure everything is okay and runs smoothly, tapi saya tak nak awak paksa diri awak sangat. Saya tak suka kalau nanti awak asyik sakit aje,”

“Sayang jugak awak kat saya yea?”

Zarief menjeling sikit pada isterinya. “Sapa tak sayang bini oiii!!”

“Sebab tu saya pun sayang awak!”

Meski usia mereka sudahpun mencecah 40 tahun, namun sedikitpun mereka tidak mengaanggap usia mereka sebagai penghalang untuk menunjukkan rasa kasih sayang mereka. Pengalaman lalu banyak mengajar mereka untuk lebih menghargai pasangan masing-masing kerana apa-apa pun mungkin terjadi dengan izin TUHAN.

“Rief?”

“Hmm…?”

“Kalaulah saya meninggal, saya nak awak cari pengganti saya ye?”

Pembacaan Zarief terhenti. Kepala isterinya ditolak perlahan untuk menghadapnya. “Kenapa tiba-tiba cakap macam ni pulak?”

“We have to take all possibilities in life, Rief,”

“Yes. I know. But why with all the topics in the world, you chose this topic tonight?”

“Saja. Saya nak juga tahukan,”

“Peristiwa dulu pun tak berjaya membuat saya kahwin lain, inikan pula kalau awak tak ada. It wouldn’t change me at all!”

“Tapi yang dulu tu, saya hidup. Kalau saya takde nanti, sapa nak jaga Ari dengan Aqil? Sapa nak jaga awak?”

“Tak ada sapa-sapa yang perlu jaga saya dan anak-anak sebab itu hanya kerja awak seorang. Saya tak akan benarkan orang lain masuk dalam kehidupan kita anak-beranak. Kalau betullah awak tak ada nanti, saya ikut sekali,”

Liyana tergelak. “Kalau kita dua-dua pergi, sapa nak jaga Ari dengan Aqil?”

“Sebab tu saya tak nak awak fikir yang bukan-bukan. No one is going anywhere. And we’ll raise them well. Saya tak izinkan awak cakap pasal hal ni lagi tau,”

“Uuuu…scary me!” Liyana kembali tergelak. “Lainnya muka Dr Zarief ni kalau dah marah. Makin handsome!”

Zarief semakin hilang perhatian pada pembacaannya. Buku dalam pegangannya ditutup dan diletakkan di atas side bed table. Tubuhnya yang sedang tegak, diluruskan ke bawah selimut tebal. Sebelum itu, dia sempat menutup suis lampu sisi katil. “Ni mesti awak nak apa-apa daripada sayakan?”

“Awak memang memahami saya sayang!” Liyana turut memasukkan tubuhnya ke bawah selimut. “Tak banyak yang saya nak. Sikit aje. And you can give it to me tonight,”

“Apa dia ni? Buat saspens saya aje,”

Liyana merapatkan tubuhnya pada Zarief. Butang baju tidur Zarief dirungkai satu persatu. “Saya nak awak!” Bisik Liyana perlahan namun tegas.

Senyuman Zarief muncul. “Nakalnya dia!” Zarief membalas pelukan Liyana dan malam merangkak pergi membawa 1001 rahsia.

=============================================================

ii.


“Milia! I nak pergi dah ni!” Hakim mengambil sepatu hitamnya dari dalam almari kasut di tepi pintu masuk. Dia terus menyarung kasut kulit yang dibeli oleh isterinya 2 bulan yang lalu.

“Walid! Mama muntah-muntah kat atas!” Tiba-tiba suara cilik Hafleen kedengaran. Dia memandang walidnya dari tangga.

“Muntah-muntah? Kat mana Leen?” Hakim menanggalkan kembali kasutnya segera mendapatkan anak perempuannya yang sudah mula menangis. Dia mendukung Hafleen dan membawanya mendaki anak tangga ke atas. Langkah Hakim terus menuju ke kamarnya.

“Milia? You okey tak?” Hakim mengetuk pintu bilik air bertalu-talu.

“Mama! Mama! Mama okey tak? Mama keluarlah. Leen takut!” Hafleen turut mengetuk seperti walidnya.

“Kenapa dengan mama, walid?” Haidi muncul.

“Walid pun tak tahulah sayang. Mama pun belum keluar lagi dari tadi,”

Pandangan mereka bertiga beralih ke daun pintu apabila kedengaran bunyi pintu ditarik. Pucat sungguh wajah Liara apabila keluar dari bilik air. Nampak lemah dan tidak bermaya saja wanita itu.

“Sayang? You tak apa-apa? Nak pergi klinik ke?” Hakim menghulurkan tangannya pada isterinya itu. Dia memapah wanita itu ke arah katil. Tubuh Hafleen dalam pelukannya dilepaskan ke bawah. Segera anak itu memanjat katil manakala Haidi berdiri di sisi walidnya.

“Tak payahlah pergi klinik. I okeylah. Cuma…,”

“Cuma apa? You sakit kat mana? Biar I tengok!”

Liara memegang tangan Hakim lantas membawanya kepada perutnya yang kempis. Hakim tersentak!

“Are you sure?” Pandangan Hakim tidak berkelip.

Liara mengangguk. “My period is late 3 weeks and you pun tahukan period I memang tetap. So, I did the test twice and both gave me the same result!”

“Mama? Mama sakit ke? Mama sakit apa?” Hafleen memeluk tubuh Liara. Hakim yang melihat perihal anaknya yang manja itu menggosok-gosok belakang tubuh kecil itu. Tubuh Haidi juga ditarik dekat padanya.

“Kalau Haidi dengan Leen dapat adik, Haidi dengan Leen nak girl ke boy?” Duga Hakim.

“Kalau Haidi, mestilah nak boy. Boleh main sama-sama!”

“Leen nak girl! Nanti Leen will share all my Barbie dolls with her!”

“Walid rasa, Leen dengan Oya dah besarkan?”

Pantas kedua-duanya menggangguk. Liara hanya memandang situasi di hadapannya. Dia juga ingin tahu bagaimana suaminya akan mengkhabarkan berita itu kepada anak-anak mereka.

“So I guess, you can just give all your toys to your new brother or sister later on!”

Permulaannya mereka diam. Kemudian mereka saling berpandangan. Tak lama selapas itu, bergema suara mereka berdua di dalam kamar walid dan mama mereka itu. Jeritan mereka saling bersahutan dan yang nyata penuh dengan kegembiraan.

“I’m telling everyone I’m having a new sister!”

“No Leen! I’ll tell it’s a boy!” balas Haidi pulak.

“No Oya!” Hafleen melompat dari katil. “It’s a girl!” Dia kemudian berlari, keluar. “Leen! Come back here!” Haidi turut sama berlari keluar, meninggalkan walid dan mamanya. Tergeleng-geleng kepala Hakim dan Liara. Hakim mengenggam tangan isterinya.

“You rasa, when was the time that we tried?”

Liara menggosok-gosok tangan suaminya. “Masa kita balik rumah walid hari tu. Sebab lepas tukan kita dah tak buat dah,”

“Hmm…mungkin jugak,” Hakim mengiakan kata isterinya.

“You suka?”

“Why shouldn’t I? Kita pun dah lama nak anak lagikan? Since Hafleen was 2,”

“Sorry sayang!” Liara menyentuh pipi Hakim.

“Kenapa pulak?” Tanya Hakim pelik.

“Sebab you tak boleh nak beli kereta yang you nak tu,”

“Tak kisah punlah. Even better than that, I might be buying something else for us,”

“Apa?”

“Estima kot,”

“Kesian youkan?”

“Family is my priority and you do know that right sayang?”

Liara tersenyum. “I love you!”

“More than you would!”

===============================================================

HADIF mengejutkan Melissa daripada tidur. Sebuah kucupan singgah pada dahi licin wanita itu.

“Wake up love!”

Sebenarnya Melissa sudah pun sedar. Tapi sengaja dia mendiamkan dirinya. Mahu melihat kesungguhan suami yang baru dinikahinya 2 hari yang lalu. Bahagianya dia tidak terkata apabila dahinya dicium penuh kasih.

“Melissa? Sure you tak nak bangun?”

Melissa diam lagi. Hadif tersenyum nakal. Perlahan-lahan tangannya merayap ke tengkuk isterinya. Bergema jeritan Melissa di dalam kamar itu.

“Dif! Gelilah! Okay okay! I bangun! Stop it, Dif!” Begitu payah Melissa melepaskan diri daripada “serangan” Hadif.

“Itulah. I dah kejutkan tapi tak nak bangunkan? Kena jugaklah I buat macam tu,”

“Yelah abang sayang! I nak bangunlah ni. Tapi sebenarnya, tadi lagi I dah sedar. Saja nak tengok macam mana you nak kejutkan I,”

“Nakalnya dia!” Hadif menarik hidung Melissa.

“Aww…sakitlah Dif!” Melissa menggosok-gosok hidungnya.

Hadif mengucup hidumg yang sedang merah itu. “Sakit lagi?”

“Tak!” Melissa menyerigai.

Mereka diam seketika. Hadif kembali berbaring di sebelah isterinya. Pandangan mereka tertumpu pada kipas yang berpusing ligat. Hadif mengenggam tangan kanan isterinya.

“Kenapa you berani buat macam ni, Dif?” Tanya Melissa.

“Maksud you?”

“Kenapa you ambil keputusan yang macam ni? You tak rasa semua ni terburu-buru ke? Kita baru jumpa 2 kali, and then you brought me back to your home, seminggu lepas tu you masuk meminang. Tak sampai 2 bulan kita kahwin. You sure ke nie yang you nak?”

“I’ve never been so sure in my life before this, Mel. But to have you in my life, is a must! Memanglah kita baru 2 kali jumpa but, kitakan dah lama kenal? I dah tahu everything pasal you,”

“Everything? Are you sure?”

“Kenapa? Is there anything that I should know?” Hadif pantas mengangkat kepalanya.

“Setakat ni tak delah. Tapi betul ke you tahu semuanya?”

“InsyaALLAH, I yakin dan percayakan you. Melainkan you yang sembunyikan sesuatu daripada I,”

“I can’t affort to promise you the world. But insyaALLAH jugak yang I akan berlaku jujur dengan you,”

Hadif mengucup dahi Melissa. “Tolong jangan tinggalkan I?”

“Never sayang!”

===============================================================

AIRRA diam. Dia memandang Irfan yang sedang berdiri di tebing tasik. Wajah lelaki itu dipandang dengan perasaan berdebar. Sejak tadi lelaki itu hanya berdiam diri. Ingin sekali dia tahu apakah maksud di sebalik kesenyapan lelaki itu tapi dia takut!

“Iman ada jumpa you?”

“Ada. 2 minggu lepas. Kenapa? You tak tahu ke?”

Irfan menggeleng. “She hid it from me,”

“I tak tahu pun yang you tak tahu. Hmm…Irfan? I nak tahu,”

“Tahu apa?”

“Is it true? Betul ke apa yang Iman bagitahu I? Yang dia terjumpa diari lama you and there you wrote that you loved me for quite sometimes?”

“Would it make any difference now? Semua tu dah lama berlalu pun. Perlu ke kita ungkit balik?”

“Yes Irfan! Memang perlu pun! Kenapa you tak pernah mengaku perasaan you, Irfan? Kenapa you pendam? I tak tahu pun!”

“Arwah Iqram kawan baik I, Airra. He lost so much since he embraced Islam. And bila I dapat tahu perasaan dia pada you, I tak mampu nak hampakan dia. Biarlah dia ada you sebagai harta dia. I sanggup berkorban,”

Airra merapati Irfan. “Arwah bertuah sebab ada kawan macam you,” Airra diam seketika. Membuatkan Irfan ternanti-nanti.

“Airra?”

“Hmm…”

“Maafkan I kalau apa yang Iman buat tu, you tak setuju,”

“I setuju!”

Pandangan Irfan membulat ke arah Airra. “Excuse me?”

Airra memandang Irfan. “I setuju untuk jadi isteri you,”

“Tapi kenapa?”

“Cinta I untuk arwah Iqram tak pernah sebesar cinta I untuk you,” Satu ayat sudah cukup untuk membuat nafas Irfan terhenti. Tidak berani dia untuk memandang wajah cantik itu. Dia dapat merasakan apa yang baru didengarinya hanyalah dalam mindanya saja.

“Iman tu, dia tak faham apa-apa lagi. Dia ingat semuanya mudah,”

“Irfan! Kenapa ni? Did you hear me?”

Irfan menggeleng kepalanya perlahan. “Tak semudah itu Airra! We need to think about so many things,”

“Kenapa pulak kita kena fikir? Tell me the truth Irfan. Takkan semudah tu cinta you untuk I hilang?”

“Cinta I hanya untuk arwah isteri-isteri I,”

“Then let me be your wife Irfan! I wanna have your love. Let me feel your love again Irfan,”

“Airra…dah 2 kali I kahwin, jodoh I dengan mereka tak panjang. You tak takut ke nanti?”

“Kenapa mesti I takut? Jodoh, ajal dan maut semuanya dalam tangan ALLAH. Takdir kita bukan milik kita untuk tentukan,” Lembut suara Airra.

Irfan diam semula. Dia kehabisan modal untuk membangkang kata-kata yang terbit daripada bibir seorang peguam sepertinya itu. Akhirnya, dia hanya mampu memberikan jawapan yang tak mampu membuat Airra menghela nafas lega.

“Berikan I masa. InsyaALLAH, biar I buat Istikharah dulu. Kalau diizinkan, adalah nanti,”

===========================================================

“MAMA! Who passed away?” Arianna menuruni anak-anak tangga, menghampiri mama dan papanya yang baru pulang menziarah.

“Uncle Izham’s wife,”

“Oh!” Dia duduk di sebelah papanya. “Because of what?”

“Heart attack. A sudden one,” Terang papanya. Arianna mengangguk kepalanya, tanda mengerti.

“Where’s Aqil?”

“What else mama, other than his Xbox,”

“Has he done his homeworks?”

“I guess so. I already did mine. But now I’m starving!”

“Ari nak makan apa?”

“Papa, let’s go to Secret Recipe. Please!” Rayu anak itu.

Zarief memandang anak sulungnya itu. “Give me one hour time. Then we’ll go,”

“Yessss! Thank you papa!” Arianna mengucup pipi Zarief dan segera berlalu ke atas semula.

Perlahan-lahan Liyana merebahkan tubuhnya ke dalam pelukan Zarief. Zarief memeluk erat bahu Liyana. Dia mengerti di sebalik kesugulan isterinya itu,

“Kesian Izham. Must be hard for him to accept the loss,”

“Saya kenal dia dah lama. His a strong man. He’ll go through this,”

“Tapi anak-anak dia macam mana? Arwah Batrisya tu kan rapat dengan anak-anak. Saya berpisah sekejap dengan Ari dan Aqil pun dah setengah mati inikan pulak kalau terpaksa tinggalkan untuk selama-lamanya,”

“Kan saya dah cakap. Never mention anything about dying anymore. I know you too well that I know once you start thinking, you’ll never stop thinking and talk about this. I love you very much that I never want to think about spending my life without you,” Ujar Zarief.

“Sayang?”

“Hmm…”

“Andai kata kalau tak sempat, saya minta awak halalkan segala makan minum saya selama ni. Ampunkan semua kesalahan saya kalau awak rasa…”

“Liya! Cukup! Jangan nak merepek! Jom kita siap! Kita dah janji dengan Ari kan?” Zarief bangkit dia menghulurkan tangannya pada Liyana. “Jom sayang,” Ajaknya. Liyana panggung kepala. Air mata yang membanjiri ruang matanya dikesat sebelum menyambut huluran tangan Zarief. Tanpa dia elak, Zarief mengucup kedua-dua pelupuk matanya dan memegang bahu isterinya itu.

“Jangan fikir lagi. Saya sayangkan awak!”

===============================================================

iii.


MELISSA menolak daun pintu. Pandangannya terus berlabuh pada sekujur tubuh yang sedang berbaring di atas katil. Kakinya dihayun menuju ke arah katil. Punggungnya berlabuh di atas katil.

“Sayang? Bangunlah,” Dia menggoncang perlahan tubuh itu. Tangan kirinya mengelus rambut kusut masai lelaki itu.

“Jangan kacau aku! Tinggalkan aku sendiri!” Hadif menepis tangan Melissa. Dia menarik selimut tebalnya dan menutup kepalanya.

Melissa tersenyum kelat. Telinganya sudah lali dengan tempikan sebegitu rupa. Hari-harinya kini tidak sah kalau kata-kata itu tidak menampar pendengarannya.

“Dif? I masak favourite food you. You makan sikit ye? Dah lama you tak makan,”

“Hoi perempuan! Kau pekak ke apa hah?! Aku cakap pergi, pergi jelah!” Tempik Hadif.

Melissa meletakkan dulang yang ditatangnya tadi di atas side bed table. Dia beredar ke arah tingkap. Langsir-langsir yang rapat ditarik, terus pancaran cahaya suria memenuhi ruang kamar mereka.

“Hadif! I rasa kita kena berbincang!” Berubah suara Melissa.

“Kenapa? Kau nak aku ceraikan kau ke?” Sinis suara Hadif.

“Dif! Apa yang you merepek ni? Bukan itu yang I nak!”

“Habis tu? Kau nak apa kalau bukan cerai? Kau dah tak tahan nak jaga aku lagi ke? Kau dah jumpa jantan lain ye?”

Melissa beristigfar. “Bawak mengucap Dif. I masih tahu batas I sebagai seorang isteri. Apa yang buat you fikir sampai macam tu sekali? I tak pernah sangka kalau kemalangan tu bukan saja buat you hilang keupayaan you, tapi logik akal you pun hilang sekali. Mana pergi Hadif yang dulu? Yang sentiasa bersemangat dalam hidup dia. Yang sentiasa nak lakukan perkara yang terbaik dalam hidup. Mana?!”

Hadif menolak selimut. “Hadif tu dah mati sejak dia disahkan lumpuh!”

Melissa bersimpuh di atas lantai. “Sayang? Tolonglah! Bangkitlah! This is not the end of the world. Ada hikmahnya kenapa ALLAH duga kita macam ni. Tapi kenapa you jatuh sampai macam ni sekali? Mana perginya kekuatan you sayang?”

“Aku dah tak kuat! Aku lemah! Aku dah tak mampu nak buat apa-apa pun sekarang. Aku dah cacat, tak sempurna!” Tukas Hadif.

“Ya ALLAH sayang! Jangan cakap macam ni. Ingat ALLAH Dif! You bukannya cacat, you hanya lumpuh. InsyaALLAH kalau you berusaha, I yakin you boleh sembuh. Cuma masa yang jadi taruhan. Yang lain tak jadi masalah untuk kita Dif!” Pujuk Melissa.

“Senanglah kau cakap! Bukan kau yang lumpuh!”

“Tapi I pun rasa apa yang you rasa. When you’re in pain, I feel it more than you do. Tapi pernah ke you fikir semua tu? Pernah you ambil peduli? Pernah ke?

“Siang malam ummi menangis. Sebabkan apa? Sebabkan you! Abah pulak tak putus-putus doakan you.Tapi pernah ke you tengok semua tu? Apa yang you buat bila dia orang datang sini tengok you? You diam! Patungkan diri! You being selfish Hadif!” Suara Melissa meninggi. Air matanya sudah pun membasahi pipinya.

Tubuh Hadif yang terlindung, menggigil. Pertama kali dalam hidupnya, dia iherdik sebegitu rupa. Tambah menyakitkan, ia datang dari bibir isterinya sendiri.namun yang pelik, hatinya tidak terasa sakit langsung. Tetapi, rasa bersalahnya semakin menebal!

Kesedaran akhirnya mengetuk pintu kewarasannya yang sejak kemalangan itu, tertutup. Memang dia akui, sejak terlibat dalam kemalangan yang hampir meragut nyawanya 3 bulan lepas, dirinya berubah 360 darjah! Hadif yang dulunya seorang yang ceria, berubah menjadi seorang yang pendiam, pasif, lebih gemar memerapkan diri di dalam kamar dan hidup dalam kegelapan seolah-olah sedang menantikan kedatangan ajalnya.

Dia masih ingat lagi waktu itu apabila doktor mengesahkan kedua-dua kakinya hilang keupayaan untuk bergerak. Lumpuh! Mulai dari detik itu, dunia seakan-akan berhenti berputar untuknya. Dan itu juga adalah kali terakhir dia telah melihat waktu pada jam tangannya. Kerana bagi Hadif, waktu juga seakan terhenti detiknya.

Sejak itu, dia hidup dalam dunia ciptaanya sendiri. Dia lupa segala tanggungajawabnya. Kerjayanya sebagai akauntan di syarikat antarabangsa yang terkenal juga terpaksa dilepaskan. Bahkan, tanggungjawabnya sebagai suami juga ditinggalkan. Membiarkan Melissa bekerja untuk menampung segala keperluan mereka berdua. Tetapi, yang paling mneyedihkan, dia juga sudah hilang kepercayaannya pada ALLAH Azza Wajalla. Dia menyalahkan TUHAN atas segala apa yang berlaku pada dirinya.

Air matanya menitis!

“Mel? Boleh tolong I?”

Melissa hanya berbalas pandangan tanpa membuka mulutnya.

“Boleh bawak I pergi toilet? I nak mandi. Lepas tu, I nak solat!”

Deraian dukacita berubah gembira dalam sekelip mata!

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

“Ya TUHANku yang Maha Esa! Aku tahu sebagai seorang hambaMu, aku tidak berhak untuk memohon apa-apa dariMu. Namun Ya ALLAH, berikanlah kepadaku kesembuhan. Berikan semula keupayaan itu kepadaku. Aku mohon Ya ALLAH! Perkenankanlah doaku ini Ya ALLAH! Sesungguhnya hanya padaMu aku meminta dan memohon, TUHANku yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang! Amin amin yarabbal alamin!” Kedua-dua tangannya diraup pada wajahnya.

Dia berpusing ke belakang. Sebujur wajah yang dilitupi dengan telekung putih itu dipandang lama. Sudah lama dia tidak memandang wajah yang cantik itu. Walaupun ada rindu yang mencengkam sanubarinya buat wanita itu, tapi dia seakan-akan lupa bagaimana caranya untuk mengekspresikan perasaannya. Seakan-akan sekeping hatinya turut lumpuh, dilanda kedinginan.

Melissa menghampiri kerusi roda yang diduduki suaminya. Tangan kanan suaminya dicapai lalu disalami. Dikucup tangan itu lama. Terasa kepalanya dipegang, dia mengangkat kepalanya.

“Maafkan I! I dah abaikan you padahal I pernah janji tak akan buat you sedih kalau you kahwin dengan I,”

“Dif, a marriage is not a marriage if there’s no tears in it. And, you tak pernah abaikan I. I faham dengan keadaan you jadi tak pernah timbul soal pengabaian. Tapi I gembira sangat-sangat sayang! You dah berubah! You dah jadi Hadif I balik. Janji dengan I, you tak boleh jadi macam dulu lagi. Janji dengan I?”

“I janji Mel! I janji!” Hadif mengangkat tangan kanannya.

“Janji dengan I, you akan minta maaf daripada ummi dengan abah? Kesian ummi, Dif. Sampai sakit dia sebab you tak pedulikan dia. I tak nak benda macam tu berulang lagi. Please sayang?”

Hadif memeluk isterinya. “Lepas ni kita jumpa ummi? Kita balik Tampin? Boleh?”

Melissa menunduk. Dia mencium rambut suaminya. “Boleh sayang, boleh!”

Perlahan, tangan Hadif menyentuh perut Melissa. Melissa terpegun. “Maafkan papa sayang. Papa janji dengan anak papa ni, papa akan berubah. Papa akan jaga mama elok-elok. Anak papa jangan nakal-nakal kat dalam ni ye? Kesian kat mama,” Mata Hadif bertentang dengan mata Melissa. “She’s been through a lot lately,”

Melissa terharu. ‘Alhamdullillah Ya ALLAH! Kau dah perkenankan doaku selama ini. Kau kembalikan jiwa lelakiku. Terima kasih Ya ALLAH, terima kasih!’

============================================================

“SAYANG! Comel tak?” Liara mengunjukkan baju bayi dalam tangannya yang berwarna biru cair.

Hakim yang mendengar suara isterinya mengangkat kepalanya. Dia mendapatkan isterinya.

“Kenapa pilih banyak sangat colour biru ni? You tak muak ke? Tak nak beli colour lain?”

“I tahulah kita tak scan lagi tapi feelings I kuatlah sayang. I rasa anak kita kali ni boylah. That is why I’m buying all this,”

“Boy? Hmm…tapi I nak girl lagi,”

“Girl?” Liara memandang wajah suaminya. “Kenapa nak girl lagi?”

“I love looking at Leen very much as she is you in so many ways. So, I want more girl so that they will have you in them,” Hakim mengusap perut Liara.

Liara menolak tangan suaminya. “Janganlah buat macam tu. Malulah!”

“Kenapa pulak nak malu? Biarlah kalau orang nak tengok. Biar dia orang tahu bahagianya hidup I sebab you isteri I dan dalam ni ada anak kita,”

“Adoi! Husband I ni! Tapikan yang, dah dua hari I tak rasa baby gerak,” Liara meletakkan kembali baju dalam tangannya di tempat asal semula.

Mencerun pandangan Hakim. “Dah 2 hari? Baru hari ni you nak bagitahu I?”

“I ingatkan biasa aje semalam. Tapi bila masuk hari ni pun still tak ade movement, I cuak jugak,”

“Dah jom! Kita pergi hospital. Check apa yang patut! I can’t believe you hid this from me! Jom!”

===========================================================

MASUK sahaja ke dalam Restoran Dome di KLCC itu, Airra terus mencari figura orang yang ingin menemuinya itu. Dia tidak perlu mencari lama kerana itu terlebih dahulu menggamit dirinya untuk ke meja yang agak terlindung itu.

“Sorry Iman! Auntie terlambat. Jammed teruk betul dari office auntie tadi. Sorry ye?” Airra menciumi pipi Iman.

“Tak pe auntie. Iman yang awal. Sekolah Imankan tak berapa jauh dari sini,” Dia memanggil seorang pelayan untuk mengambil pesanan tetamunya yang baru tiba.

“Terima kasih!” Ucap Airra sebaik selesai pelayan muda itu mengambil pesanannya.

“Danish sihat auntie? Lama Iman tak jumpaa dia!”

“Alhamdulillah, sihat seadanya. Dia pun dah bising sebab dah lama tak jumpa Iman. Rindu betul dia pada Iman,”

“Iman pun rindukan dia auntie…tapi Iman tak dapat nak jumpa dia sekarang. Lately ni Iman busy sikit. Exam Iman dah dekat,”

“Tak pe. Iman jangan susah hati. Auntie nak Iman concentrate pada study Iman. Pasal hal-hal lain, Iman tolak tepi dulu,”

Iman menggeleng. “Hati Iman takkan senang kalau Iman tak selesaikan hal ni auntie,”

“Papa tahu Iman datang jumpa auntie hari ni?”

Geleng lagi. “Tapi Iman dah bagitahu nenda. Nenda cakap okey,”

“Iman, auntie tak nak Iman kena marah nanti sebab Iman pandai-pandai buat keputusan sendiri,”

“Papa ada jumpa auntie?” Iman mengubah topik perbualan.

Airra angguk. “Tapi dah lama,”

“Ada apa-apa yang papa cakap pada auntie?”

“Ada,”

“Apa dia?”

“Iman, auntie rasa Iman tak payah nak fikirkan hal ni lagi sayang. Auntie tak nak pasal benda ni, hubungan baik kita nanti hancur pulak!”

“Iman tahu. Papa tak setuju ye, auntie?”

Hati Airra terjerut. Dia mengalih pandangnya. Tidak mampu memandang wajah itu lagi.

“Auntie? Iman tahu perasaan sebenar papa pada auntie. Cuma, papa terikat! Pengalaman lalu dah cukup untuk buat papa rasa serik untuk berkahwin lagi. Dia sebolehnya tak nak buat auntie kecewa. Papa takut kalau nanti auntie hilang kepercayaan pada ikatan perkahwinan. That is why his resisting you!”

“Auntie dah lama tahu pasal perasaan papa Iman pada auntie sebenarnya. Even, arwah husband auntie pun sempat bagitahu auntie sebelum dia meninggal. Papa Iman tak sanggup nak mengaku feelings dia pada auntie sebab dia tak nak lukakan hati husband auntie. Tapi husband auntie dapat tahu. And arwah husband auntie sendiri minta auntie untuk cari papa Iman,”

Iman menyentuh tangan Airra yang sudahpun mengalirkan air mata.

“Iman janji dengan auntie. I’ll try my best to make this happen,”

“Thank you sayang!”

===============================================================

“WILL you go long?” Aqil turut membantu mamanya memasukkan baju-baju yang sudah dilipat ke dalam bagasi besar jenama Polo.

“As usual. A week. Why Aqil?” Tanya Liyana.

“Why can’t kakak and I go?” Aqil mengabaikan pertanyaan mamanya.

“Because both of you have to go to school and study well,” Sampuk Zarief yang keluar dari bilik air.

“But papa! It’s not fair! Why are you following mama?”

“Because I can’t stay apart from her too long,”

“But…”

“No more but Youngman. Kakak and you’re not going and both of you will be staying with tok pa and nanny until mama and papa be back from Paris,”

“Papa! You forgot one thing,” Muncul Arianna di blik pintu. Tersengih-sengih anak itu memandang papa dan mamanya.

“Excuse me?”

“Remember our deal? If mama and you wanna go somewhere, or want us to do anything, you need to give us something in return. Remember?”

Liyana menahan senyum. Nampaknya anak sulungnya itu memang mewarisi sikapnya. Sikap suka mengikat!

Zarief mendengus. “Sama je macam mama dia anak dara seorang ni,”

“Pardon me?”

“Hah? Erm…yes. Ari nak apa kali ni?”

Arianna tersenyum puas. Walaupun dia dengar apa yang dikatakan papanya tapi dia tak ambil pusing. “Nothing much papa. Just a simple one,”

“What is it?”

“Be home safely. Both of you. Will you promise us that?”

Zarief dan Liyana saling berpandangan. Pelik dengan kata-kata yang muncul daripada mulut Arianna.

“Mama? Papa? Promise?”

“Yes sweetheart! Mama janji,” Dia menarik Arianna untuk mendekatinya. Dia mencium pipi Arianna.

Arianna terus memeluk mamanya. Entah mengapa dia dapat merasakan ini adalah kali terakhir dia mendapat mendengar kata janji daripada kedua ibu bapanya. Namun jauh di sudut hati, dia berharap segala rasa hatinya, dia berharap segala rasa hatinya hanyalah sekadar rasa. Bukanlah satu realiti!

===========================================================

iv.


HAKIM menolak langsir yang mengkelamkan suasana dalam kamar di Prince Court Hospital itu. Setelah itu, dia duduk berhadapan dengan wanita itu. Jemarinya bermain dengan pipi licin isterinya.

Pelupuk Liara perlahan tercelik. Silau matanya dek cahaya matahari yang menerobos masuk. Namun, apabila matanya bertemu dengan anak mata yang tenang itu, serta merta hatinya terusik.

“Morning sayang!”

‘Ya TUHAN! Berat sekali dugaan yang Kau timpakan padaku , Ya ALLAH! Aku tak mampu nak menghadapi ni semua!’

“Maafkan I?” Liara memegang wajah suaminya.

Hakim mengenggam tangan isterinya. “Bukan rezeki kitakan? Tak ape. I reda,”

“But…you were really hoping,”

“Syhh…” Hakim meletakkan jari ke bibir Liara. Dia naik ke atas katil, memeluk isterinya.

“Benda nak jadi sayang. Ikhlaskan aje. Dia tunggu kita kat syurgakan? Sama-sama kita doakan dia kat sana,”

“Anak kita…lelaki ke perempuan?”

“Perempuan, sayang” Rentak suara Hakim berubah. Sayu.

Liara yang mendengar terus banjir. Rasa bersalah semakin mencengkam kalbunya. “Ya ALLAH Kim! Maafkan I. I…I…”

“Dahlah Milia! You tak salah. Ni semua takdir. Jangan fikirkan sangat,” Hakim cuba memujuk.

Pemeriksaan doktor akhirnya mengesahkan anak dalam kandungan Liara disahkan meninggal dunia kerana tali pusat anaknya telah melilit leher sehingga lemas anaknya itu. Tiada cara lain, Liara terpaksa melahirkan secara normal memandangkan air ketubannya juga sudah pecah dan bukaannya juga sudah menjangkau 10 cm. Hati ibu mana yang tidak sedih apabila seorang anak terpaksa meneran seorang anak yang tidak lagi bernyawa. Seorang anak yang sudah sempurna sifatnya. 8 bulan dia mengendong anak itu ke sana ke mari. Hampir sahaja dia meraung namun tindakan pantas suaminya yang meminta doktor untuk menyuntik ubat tidur berjaya menenangkannya.

“Sayang?”

“Hmm…”

“Anak kita. I nak dia ada nama. Boleh?”

“Ikut suka you,”

“Sharifah Hamilyn Medina,”

“Nanti I registerkan,”

Liara tidak terkata apa. Dia memeluk erat suaminya. Dia harus bersyukur walaupun dia baru kehilangan sesuatu yang bermakna dalam hidupnya, dia masih ada kehadiran lelaki itu di sisinya. Dia masih punya sepasang permata hati yang begitu membahagiakan hidupnya dan juga Hakim.

“Jangan pernah tinggalkan I?”

“Tak akan sayang! I love you!” Hakim mencium ubun-ubun isterinya.

‘Terima kasih Ya ALLAH atas kurniaanMu ini padaku. Kerna aku tahu, walau seberat apa pun dugaan yang Kau berikan padaku, dia tetap ada di sisiku,’

“I love you even more, Kim!”

============================================================

IRFAN memandang keletah anak-anaknya yang sedang bermain dengan riang di dalam kolam renang. Terkedek-kedek si adik cuba mengejar langkah abangnya yang berlari di sekeliling kolam. Iman selaku kakak sulung cuba menghentikan adengan kejar-mengejar adik-adiknya.

“Jauh menung?’ Tepukan lembut pada bahu kirinya mengejutkan Irfan. Dia menarik tangan lembut itu, dikucupnya.

“Tengok budak-budak tu main kat bawah. Danish nakal betul. Ada ke dia ajak Daniel main kejar-kejar kat luar swimming pool tu. Nasib baik Iman ada,”

“Yelah. Anak-anak you aje yang baik. Anak I yang tak…” Ayat Airra tergantung. Renungan tajam Irfan menggetarkan hatinya.

“Semuanya anak-anak kita and they’re all good children. Jangan pernah beza-bezakan dia orang,” Ujar Irfan.

“Mummy! Tengok Daniel ni! Dia tarik rambut Danish!”

“Tengok! Kan Kak Iman dah cakap tadi, jangan gaduh-gaduh. Tak nak dengarkan? Kak Iman tak naklah main dengan Danish and Daniel lagi,” Iman menarik kakinya dari dalam kolam renang. Dia duduk di atas kerusi panjang. Berpura-pura merajuk.

Satu perkara yang Danish dan Daniel ada persamaan. Mereka tidak mampu untuk melihat kakak mereka itu menangis. Tanpa menunggu sesaat pun, mereka berdua segera mendapatkan Iman. Pipi kakak kesayangan mereka itu menjadi sasaran kucupan mereka.

“I bersyukur sebab dapat Iman jadi anak I. She’s a nice girl,” Ucap Airra.

“She is my Yasmin,”

‘Min! Abang bersyukur ada Iman sebagai pengganti Min. Dia seorang anak yang baik Min. Tak sia-sia Min melahirkan dia 17 tahun lepas. Dia pelengkap hidup abang. Abang janji Min! Selagi abang masih hidup, Iman tak akan menderita. Dia dah ada sebuah keluarga yang sempurna sekarang. Seorang mummy dan 2 orang adik. Abang yakin, hidup dia lebih bahagia kini, Min!’

Dia tidak nafikan, tanpa desakan dan pujukan daripada Iman, dia tidak mungkin setuju dengan cadangan mengahwini Airra. Namun dia akur dengan rasa hatinya. Dia tidak mampu untuk terus membohongi dirinya lagi. Masih berbekas rasa cinta di hatinya buat Airra. Mungkin ini takdir ALLAH SWT yang sudah mengaturkan segalanya. Kematian Yasmin dan Iqram telah membuka jalan untuk 2 hati untuk menjadi satu.

“I bahagia sebab pernah mengahwini Yasmin. Tapi I lebih bahagia sebab dicintai you,”

“Je’ taime Irfan!” Balas Airra. Tangan suaminya dikucup.

Setahun bergelar isteri pada Irfan, mereka dikurniakan cahaya mata yang ketiga, Tengku Daniel Idlan. Tatkala itu, Airra sudah cukup bersyukur dengan segala yang dilimpahkan ALLAH SWT buat hidup mereka sekeluarga.

Senyuman lebar muncul di bibir Iman melihat kemesraan papa dan mummynya di beranda rumah baru mereka. Tidak terkata betapa bahagianya hidupnya saat ini dengan segala apa yang berlaku dalam hidupnya.

‘Ibu! Iman dah tunaikan janji Iman pada ibu. Iman dah bahagiakan papa, ibu. Mummy Airra baik ibu. Iman sayangkan mummy Airra macam Iman sayangkan ibu. I love you, ibu!’

=============================================================

PUAN Aisyah mendekati cucu-cucunya yang sedang bersedih. Hati tuanya turut mengalunkan irama sedih. Dia memeluk erat tubuh-tubuh yang masih muda itu.

“Ari dengan Aqil ikut nenek balik ye? Tidur rumah nenek. Esok tidur rumah nanny pulak,” Pujuk Puan Aisyah.

“Both of us don’t mind, nenek. But I wanna stay here. Please nenek,”

Puan Aisyah tidak terkata apa. “Jom Aqil. Ikut nenek,” Dia menarik tangan anak itu. Aqil hanya mengikut. Sememangnya dia belum dapat merasai apa jua yang sedang dirasai oleh kakak kembarnya itu.

Arianna mengepal kecil-kecil tanah yang masih merah itu. Daripada seminggu yang lepas dia menangis sehingga tidak mampu lagi untuk dia mengeluarkan air jernih itu daripada kelopak matanya. Mengapa TUHAN menduga hidup dia dan juga Aqil sebegini berat pada usia mereka berdua baru mencecah 11 tahun?

Benar kata hatinya pada malam sebelum keberangkatan papa dan mamanya ke Paris. Kata-kata janji yang terbit daripada bibir mamanya merupakan yang terakhir kali didengarinya. Sebuah janji yang pertama kali tidak ditepati oleh kedua-dua orang tuanya.

Pesawat yang dinaiki papa dan mamanya ke Paris seminggu yang lalu, terhempas berdekatan dengan sempadan Thailand-Laos. Mengikut laporan awal, tiada seorang pun penumpang yang terselamat. Namun itu semua tidak mematahkan semangat Arianna. Di tetap berdoa agar papa dan mamanya ditemui dengan selamat. Siang dan malam dia menunggu dengan harapan yang menggunung dalam hatinya.

Namun panggilan telefon 4 hari lepas menubah segalanya. Pihak penyelamat menemui jasad papa dan mamanya yang saling berpelukan. Hancur hati Arianna. Meraung-raung dia memanggil papa dan mamanya. Sehinggakan Aqil sendiri takut melihat keadaan kakaknya itu.

Dan hari ini, apabila jenazah kedua-duanya tiba untuk dikebumikan dalam satu liang lahad, barulah Arianna beransur pulih. Hatinya sejuk melihat wajah tenang papa dan mamanya. Lama dia mencium dahi orang tuanya itu kerana tidak mungkin lagi dia berpeluang berbuat demikian.

“Pa, ma! I promised you this. I’ll take good care of Aqil, atok, nenek, tok pa and nanny. Aqil and I will study hard. We’ll try our best in life, papa, mama! This is my promise. We love you very much! Both Aqil and me,”

Arianna memegang kayu yang dilitupi kain putih itu. Dia teringat kata-kata mamanya dulu.

“How I wish that I’ll die with papa by myside. Not being selfish, but I know he can’t live without me and neither do I,”

Dan doa mamanya itu telah dikabulkan oleh ALLAH SWT.

=============================================================

BUNYI tangisan yang nyaring itu bergema memenuhi ruang kamar. Sedikit sebanyak turut menganggu lena si papa dan mama yang baru ingin hanyut kea lam mimpi.

Pejaman mata Melissa dipaksa celik. Dia tidak mahu tangisan yang nyaring itu mengejutkan seluruh isi rumah ataupun seluruh taman perumahan. Namun pelukan kemas lelaki itu menghentikan pergerakannya.

“Tak pe. Mel tidur. Biar abang yang tengok,” Hadif mencium rambut Melissa.

“Abangkan penat. Abang rehatlah,”

“Tak. Abang tak penat. Mel tidur ye?” Hadif bergegas turun.

“Ala sayang papa. Kenapa ni? Nak susu ke?” Hadif mendukung Kamil Eskandar. Dia mencium pipi montel Kamil. Botol susu di atas meja dicapai sebelum dia meninggalkan kamar itu.

Melissa kembali memejamkan matanya. Walaupun tangisan Kamil masih senyaring tadi tapi dia tahu suaminya ada cara tersendiri untuk menenangkan anak sulung mereka itu. Namun, bunyi muzik sentimental yang beralun tidak lama selepas itu menyedarkan Melisa daripada tidurnya semula.

Melissa menarik daun pintu. Terus pandangannya menangkap figura lelaki itu yang sedang mendodoikan Kamil. Kakinya dihayunkan ke arah kedua-dua lelaki yang penting dalam hidupnya itu.

“Tidur dah?” Dia memeluk suaminya dari belakng. Tangan kirinya bermain dengan jemari halus Kamil.

“Tengoklah sapa yang tidurkan dia. Mestilah dia tidur,”

“Hmm…yelah,” Melissa malas untuk berkata apa lagi kerana dia tahu, dia pasti kalah. Dia melabuhkan kepalanya di belakang Hadif. Tanpa dielak, dia turut mengikut langkah suaminya yang mengikut melodi yang berentak perlahan itu.

“Abang dah tak payah nak pergi fisio lagi. Dia orang cakap kaki abang dah okay!”

“Ye ke bang?”

“Yelah! Tak kan abang nak tipu pulak,”

Hadif cuak apabila dia merasakan belakangnya basah. “Kenapa ni Mel?”

“Alhamdulillah bang. I’m happy to hear this. Akhirnya abang dah sihat macam dulukan?”

“Ni semua sebab sayang. Kalau abang tak ada sayang dengan Kamil dalam hidup abang, abang tak yakin abang boleh sembuh secepat ini. Mesti abang masih lagi Hadif yang selalu menyalahkan takdir. Yang tak mahu terima hakikat.

“Sebab tu abang bersyukur abang ada sayang di sisi abang. Sekarang abang dah tak boleh nak pentingkan diri sendiri. Abang dah kena kerja keras. Untuk Mel, Kamil and insyaALLAH, our children later on,”

Melissa tersenyum manis. “InsyaALLAH, bang,”

Syukur pada ILAHI, langit hitam yang dulu pernah menggelapkan hidup mereka sekeluarga sudah berganti dengan sinar suria yang terang. Dalam jangkamasa yang pendek, Hadif pulih daripada lumpuh akibat kemalangan jalan raya itu. Sehinggakan doctor yang merawatnya pun pelik kerana sepanjang kerjayanya, ini adalah kali pertama pesakit di bawah seliaannya pulih dengan cepat. Tetapi doktor itu tidak menolak kemungkinan, sokongan padu daripada ahli keluarga menjadi pendorong utama Hadif untuk segera sembuh.

Sememangnya Hadif mempunyai tekad dalam hatinya. Dia mahu berjalan semula sebelum kelahiran anak sulungnya. Oleh itu, dia menjalani semua modul latihan fisionya dengan bersungguh-sungguh. Supaya apabila tiba hari kelahiran anaknya nanti, dia boleh menyambut anaknya seperti bapa-bapa lain yang normal.

“I’m lucky that I have you in my life. After you’ve been through 6 years of waiting, a year in an awful marriage…”

“And a whole life with both of you. There’s nothing more than this that I need. My patience is worth it, bang,”

“Tak pernah menyesal kahwin dengan abang?”

“Mel tak pernah dan tak akan menyesal. Like I said, I’ve lost track when did I fall in love with you. It shows how I never care about time. I love you!”

“Abang sayangkan Mel sepenuh hati abang. Mel nyawa abang!”

‘Pergilah kau kecewa. Tinggalkan kami. Biarkan kami dalam cinta ini,’


MENCINTAINYA membuatkan CERITERA AKU DAN DIA sentiasa melalui SAAT BAHAGIA dan membuat aku mahu meLAFAZKAN bahawa betapa AGUNGNYA CINTA itu dalam hidupku.

*TAMAT*

Thursday, July 29, 2010

it's coming.

month of august...too much is going on next month. Exam, puasa, birthdays. fuhhh...blimey.! but yang paling important...of course lah the exam.

trial...benchmark on knowing how prepare you are to take the real exam later on. but the problem with me and my friends is that...we are not prepared at all.! time is flying so soon for us and we just can't accept the fact that we're taking SPM this year. but still...we know our duty. so it's our job to make sure we'll score our trial in order to show everyone...(I really mean EVERYONE) how spectacular we are and they are dead wrong for underestimating us.!

puasa...hmm...ramadan al mubarak yang penuh keberkatan. diharapkan sepanjang bulan ramadan nanti...ibadat yang dijalankan dapat dibuat berlipat kali ganda. jangan ingat nak raya jea.! haha

and as for birthdays...memang ramailah yang menyambut birthday mereka dalam bulan 8 ni. antaranya...

izzat: 1 ogos
aisar: 2 ogos
jennifer: 3 ogos
kk: 3 ogos
firzanna: 10 ogos
hakim: 14 ogos
abirami: 28 ogos

fulamak.! ramainya.! kopaklah poket saya bulan ni nak beli hadiah untuk mereka-mereka ini. but okalah kan...orang dah memberi...kenalah kita membalas mereka...

xoxo
=)

Terus Terang

jangan pernah kau katakan woo woo
bahwa cintaku terlarang woo woo
karna tak ada yang tahu
arti cinta sesungguhnya

cinta datang dari tuhan woo woo
yang tak mungkin ku hindarkan woo woo
karna aku manusia
yang pastinya butuh cinta

reff:
kepadamu aku terus terang
bahwa aku memang masih sayang
demi kamu aku relakan perpisahan
hanya aku yang aku sayang
bersamamu jiwaku melayang
demi kamu aku relakan perpisahan
cinta datang dari tuhan woo woo
yang tak mungkin ku hindarkan woo woo
karna aku manusia
yang pastinya butuh cinta

Sempurnakanku

Kaulah bidadari dalam hidupku
Yang selalu hadir di dalam mimpiku
Bunga yang selalu harungi hariku
Anugerah Tuhan yang sempurnakanku

Bila kau jauh
Aku selalu rindu
Bila kau ada
Hatikan berbunga

Ku akan selalu menjadi bintangmu
Menerangi gelap dan mimpimu
Aku setia di sini mengusap tangismu
Menemani sunyi di hatimu

Saturday, July 17, 2010

I Just Called To Say I love You

No New Year's Day to celebrate
No chocolate covered candy hearts to give away
No first of spring
No song to sing
In fact here's just another ordinary day

No April rain
No flowers bloom
No wedding Saturday within the month of June
But what it is, is something true
Made up of these three words that I must say to you

I just called to say I love you
I just called to say how much I care
I just called to say I love you
And I mean it from the bottom of my heart

No summer's high
No warm July
No harvest moon to light one tender August night
No autumn breeze
No falling leaves
Not even time for birds to fly to southern skies

No Libra sun
No Halloween
No giving thanks to all the Christmas joy you bring
But what it is, though old so new
To fill your heart like no three words could ever do

I just called to say I love you
I just called to say how much I care, I do
I just called to say I love you
And I mean it from the bottom of my heart

I just called to say I love you
I just called to say how much I care, I do
I just called to say I love you
And I mean it from the bottom of my heart, of my heart,
Of my heart

I just called to say I love you
I just called to say how much I care, I do
I just called to say I love you
And I mean it from the bottom of my heart, of my heart,
Baby of my heart


Jat da Da

Entah mengapa debar di jiwa,
Terasa bagai ku telah jatuh cinta,
Semakin lama, semakin mula rasa rindu,

Kini ku sedar, ku tak berdaya,
Memendam rasa yang sekian lama,
Menginginkanmu, mencintaimu oh sayangku,

*Jangan cuba mencipta harapan,
Jika kau hanya mainkan perasaan,
Yang sekian lamanya dambakan kehadiranmu,
Jangan biarku mencintaimu,
Melainkan kau merasa begitu,
Kerana hati ini tak bisa diluka lagi,

Katakan saja yang sejujurnya,
Ada kau rasa apa yang ku rasa,
Moga setia, Mengharap sinar bahagia,


Friday, July 9, 2010

AL-FATIHAH

sadly..my granma yang saya saya panggil nana sejak 17 tahun yang lalu telah menghembuskan nafasnya yang akhir pada jam 11.00 pagi tadi di rumah mak cek saya di cheras. semoga ALLAH mencucuri nikmat keatasnya dan tempatkan dia di sisi orang-orang yang beriman. AMIN.

nana..we'll miss you.

TT.

Tuesday, July 6, 2010

TRIALS.!

yeah.! 16th august would be the day..haha..alahai.! tak lama lagi tu..pejam celik pejam celik akan tibalah jua masa itukan? dan terus terang saya belum bersedia.!

hari ni baru masuk redox reactions untuk chemistry. haa..trust me when I say it's easy.!for the first time saya telah memahami chem..wuhuu.! bangganya saya.! berkat tunjuk ajar daripada ibu saya yang terchenta jua.!

and tadi juga telah pergi untuk bersorak untuk team PUTERI lawan TKC. woah.! game yang sangat bagus but too bad..PUTERI won with 4-o.! padan muka TKC..haha..kejamnya saya ni.! tapi betullah. tadi ada parent seorang nie. melebih pulak dia. macam dia pulak yang main. mak cek mak cek.! duduk rumah je kalau tak tahu main. tapi nasiblah baik PUTERI menang.! =p

p/s: 16 is after 14th augustkan?hmm...

xoxo
=)